suria

Meghan tak mahu doktor Ratu Elizabeth, lantik pasukan sendiri untuk bersalin

Meghan Markle (kiri) dan suami, Putera Harry.

MEGHAN Markle telah melantik pasukannya sendiri untuk proses kelahiran anak pertamanya, menurut laporan.

The Mail pada Ahad melaporkan bahawa Duchess of Sussex telah memecah tradisi diraja kerana tidak melantik pakar sakit puan diraja kerana dia tidak mahu 'pihak berpengaruh' yang memantau kelahiran anaknya.

Akhbar itu memberitahu Meghan berusia 37 tahun, yang dijangka melahirkan anaknya pada bulan ini, telah melantik 'seorang doktor wanita yang tidak dinamakan' bagi mengetuai pasukan tersebut berbanding Alan Farthing dan Guy Thorpe-Beeston.

Dua pakar sakit puan itu sebelum ini mengendalikan tiga anak Duke dan Duchess of Cambridge.

Jurucakap keluarga diraja bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat peranan untuk doktor-doktor yang dilantik oleh Ratu Elizabeth berkaitan dengan kelahiran anak Meghan, tetapi bukan tugas utama.

Sumber diraja dilaporkan berkata: "Meghan beritahu dia tidak mahu orang berpengaruh mengendalikannya. Dia bertegas mahu orang-orangnya sendiri.

"Ia agak mengejutkan. Orang-orang ini (doktor-doktor dilantik Ratu Elizabeth) merupakan yang terbaik antara terbaik," tambahnya. - Mirror UK

Meghan Markle, Ratu Elizabeth

Artikel Lain