PUNCA seekor anjing yang sakit terjawab selepas imbasan sinar X di klinik haiwan mendapati terdapat lima biji bola golf di dalam perutnya. Pemilik anjing tersebut, Rebecca Miles membawa anjingnya, Louis yang tidak mempunyai selera makan, muntah-muntah dan kadang-kadang tidak sihat, sejak beberapa bulan. Berdasarkan imbasan itu, dia menyedari anjingnya mengambil bola di dalam lubang apabila berjalan di padang golf dekat rumahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Anjing setia menunggu dekat mayat tuan yang maut dilanggar kereta api Louis memerlukan pembedahan abdomen untuk mengeluarkan tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan. Rebecca dari Birmingham, West Mids di United Kingdom berkata: "Padang golf dekat dengan rumah, jadi kami sering berjalan dekat sana. Louis suka bermain dengan bola. "Kami tidak tahu bila dia telan biji yang pertama, ia mungkin berbulan-bulan lepas. "Kami ubah makanannya apabila ia sakit. Bila dia terus sakit, kami bawa ia berjumpa dengan doktor. Emily Moss yang menjalankan pembedahan ke atas Louis berkata, anjing itu bernasib baik kerana menelan sebiji bola golf amat berbahaya, apatan lagi memakan lima biji. - Mirror UK