suria

Sukar cari baju untuk majlis kahwin, pengantin minta 'bridesmaid' gugurkan kandungan

Posting berkenaan ternyata menarik perhatian ramai dan disifatkan sebagai satu permintaan yang mengejutkan. FOTO: mirror.co.uk.

PERANGAI manusia kadang-kala tak terjangkau dek akal.

Buktinya, seorang pengapit mendedahkan dia diminta supaya menggugurkan kandungan agar perkahwinan salah seorang sahabatnya berjalan lancar.

Dia membuat pendedahan itu menerusi perkongsian di laman Facebook selepas bersalin baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 'main kasar', diam-diam gemukkan badan pengiring sebelum majlis kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Unik, perkahwinan di gereja turut disertai pengapit beragama Islam

"Saya hamil setahun sebelum majlis kahwin, saya teruja sebab sebelum ini saya sukar hamil. Ia memang tidak dirancang.

"Saya beritahu Kate (pengantin) dan dia risau saya sukar untuk cuba baju pengapit kerana bakal bersalin.

"Dia juga kata tiada kanak-kanak di majlis itu, jadi dia tanya jika saya mahu gugurkan kandungan," tulis wanita itu mengimbas peristiwa berkenaan yang berlaku pada tahun lalu.

Posting berkenaan ternyata menarik perhatian ramai dan disifatkan sebagai satu permintaan yang mengejutkan.

"Minta seseorang untuk gugurkan kandungan agar majlis kahwin dia berjalan lancar sangat mengganggu saya.

"Tahniah di atas kelahiran, saya harap awak ada kawan yang lebih baik sekarang," tulis seorang pelayar laman sosial itu. - Daily Mail.

pengapit, pengantin, hamil, gugur

Artikel Lain