suria

Ibu jalani pemindahan rahim dilakukan robot selamat bersalin

Bayi tersebut dilahirkan sihat dan selamat.

SEORANG wanita melahirkan bayi yang sihat selepas pemindahan rahim dikendalikan sebuah robot.

Wanita dari Sweden itu melakar sejarah menjadi individu pertama bersalin menerusi keadah pembedahan yang dibantu sebuah robot.

Prosedur menakjubkan itu dilakukan di Hotel Akademi Sahlgrenska yang terletak di Universiti Gothenburg pada 2017.

Pasukan perubatan mengesahkan wanita itu dan anaknya yang tidak didedahkan identitinya berada dalam keadaan sihat.

Pakar bedah Pernilla Dahm berkata:"Ia perasaan yang menakjubkan untuk terlibat sebahagian daripada keseluruhan proses itu.

"Dari pertemuan pertama dengan pasangan suami isteri itu sehinggalah pemindahan uterus dan sekarang melihat semua pihak gembira apabila harapan kami menjadi realiti.

"Ia amat indah," katanya.

Bayi itu dilahirkan selepas prosedur menakjubkan di Gothenburg.

Semasa pembedahan pemindahan, pakar bedah berpengalaman mengemudi robot itu menggunakan imej 3D di bahagian perut pesakit.

Rahim pertama wanita itu dikeluarkan semasa proses tersebut.

Pakar bedah transplan Niclas Kvarnstrom berkata:"Pada masa hadapan, kami juga akan menjalankan transplan uterus penerima menggunakan teknik lubang kunci yang dibantu oleh robot.

Menurut Daily Express, kira-kira 15 bayi dilahirkan selepas pemindahan rahim tetapi bayi tersebut merupakan yang pertama dilahirkan selepas pembedahan dibantu robot.

Profesor Obstetrik dan Ginekologi di Akadami Sahlgrenska, Mats Brannstrom berkata:"Ini adalah satu langkah penting ke arah mengembangkan pembedahan yang terlibat dalam transplan rahim dan keselamatannya. - Mirror.co.uk

transplan, bersalin, robot

Artikel Lain