PIHAK berkuasa tempatan di sebuah kawasan di United Kingdom (UK) mengambil pendekatan baharu terhadap mana-mana individu yang salah laku semasa membawa anjing mereka. Mereka tidak lagi perlu lagi tunggu ditahan kerana membiarkan najis anjing, kerana langkah-langkah pencegahan bagi menangani masalah najis haiwan itu dibiarkan merata-rata. Seperti di Lincolnshire, UK, individu yang membawa anjing berjalan-jalan perlu menunjukkan bukti mereka mengutip najis haiwan itu dengan membawa beg. Sesiapa yang didapati berjalan membawa anjing tanpa sebarang beg, mereka akan dikenakan notis sehingga £100 (538) atau denda maksimum £1,000 (RM5,380), sekiranya disabitkan kesalahan. Pelaksanaan hukuman bagi kesalahan itu berkuat kuasa pada September. - Mirror UK