suria

Tular lelaki 'tak guna' putus dengan kekasih dalam pesawat, penumpang serba salah nak tengok

Adegan sepasang kekasih 'putus' dalam pesawat sempat dirakam oleh seorang penumpang.

SEORANG lelaki yang sedang bercuti berasa serba salah melihat seorang penumpang wanita berpisah dengan kekasihnya dalam penerbangan.

Adegan yang tidak sanggup dilihat itu sempat dirakam oleh lelaki berkenaan, menunjukkan seorang wanita sedang menangis sambil duduk di sebelah lelaki yang baru sahaja bergelar bekas teman lelakinya.

Selepas gambar itu tular, ramai yang mengecam kekasih wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang paksa pramugari buka seluar, cuci punggungnya selepas ke tandas pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari dedah ragam tak senonoh penumpang kapal terbang

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita dihalau keluar dari pesawat kerana berpakaian tidak senonoh

Gambar yang diambil oleh lelaki dari Montana, Amerika, itu turut memperlihatkan pasangan itu bertengkar dalam penerbangan.

Hanya dikenali sebagai Kevin, dia tidak dapat menahan diri daripada berkongsi gambar menyedihkan tersebut dengan pengikutnya.

Dia menulis tweet: "Bayar £5.99 untuk guna wifi dalam penerbangan hanya untuk beritahu anda bahawa lelaki ini baru saja putuskan hubungan dengan teman wanitanya di atas pesawat dan wanita itu sangat sedih."

Gambar itu pada mulanya dikongsi di Twitter pada Mac tetapi ia tular dalam beberapa hari ini.

Seorang penumpang menulis tweet tentang situasi yang dilihatnya semasa dalam penerbangan.

Selepas gambar itu dimuat naik ke Reddit, ia menerima lebih 29,000 undian dan beratus-ratus komen.

Walaupun posting itu tidak menjelaskan kisah sebenar, ramai yang melabelkan lelaki sebagai 'tak guna' kerana 'membuang' kekasihnya di hadapan orang ramai.

"Apa yang lelaki ni buat tak kena tempat," tulis seorang pengguna.

"Kenapa perlu berpisah dengan seseorang di tengah orang ramai dan anda 'tersekat' dengan mereka selama berjam-jam?," komen seorang netizen.

Seorang lagi berkata: "Laki tak guna."

Ada juga yang menunjukkan simpati mereka terhadap wanita itu dengan mengimbas kejadian hampir sama yang pernah dilalui.

Seorang pengulas berkata: "Isteri saya mempunyai kisah tentang bagaimana dia bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya dan lelaki itu minta putus semasa perjalanan.

"Satu keputusan bodoh di pihaknya kerana isteri saya yang atur penginapan dan semuanya dan dia akhirnya tak ada tempat tinggal sepanjang percutian."

Seseorang lagi berkata: "Ini pada dasarnya hubungan terakhir saya, kami berpisah setiap bulan selama 3 tahun. Akhirnya ketika bercuti di Republik Dominika kami putus di bilik hotel pada malam ketiga dari tujuh malam penginapan."

Seorang lagi mengulas: "Saya dapat rasakan kesakitan kamu. Saya putus separuh perjalanan ketika percutian romantis di Paris." -DailyStar

putus, berpisah, kekasih, cinta

Artikel Lain