suria

Ibu tendang model cilik gara-gara keletihan untuk sesi bergambar

Niu Niu merupakan model cilik terkenal di China.

SEORANG wanita dikecam netizen selepas menendang punggung anak perempuannya berusia tiga tahun yang juga model cilik kerana enggan menghadiri sesi penggambaran akibat keletihan.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Niu Niu bekerja sebagai model untuk beberapa jenama pakaian di China.

Semasa video itu dirakam, Niu Niu dikatakan sepatutnya menghadiri sesi penggambaran.

Susulan itu, ibu mangsa didesak untuk memohon maaf selepas video yang dipercayai dirakam di Hangzhou, China itu menjadi tular di media sosial.

"Saya tiada niat untuk mencederakannya dan saya minta maaf di atas salah faham yang timbul disebabkan perbuatan saya.

"Saya ingin ulangi bahawa anak perempuan saya menerima perhatian dan kasih sayang. Terima kasih kerana memahami," kata ibu kepada Niu Niu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka terhadap tindakan wanita itu di Weibo dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai penderaan kanak-kanak.

Undang-undang pengiklanan China menghalang mana-mana syarikat menggunakan khidmat kanak-kanak berusia bawah 10 tahun sebagai jurucakap mereka.

Malah wang yang diperoleh Niu Niu sebelum ini dibayar kepada ibu bapanya. - Metro.co.uk

model cilik, tendang

Artikel Lain