suria

Gadis jual dara pada harga RM21,536, sudah dapat 60 tawaran

Aynur mahu menggunakan wang itu untuk membayar yuran pengajiannya.

SEORANG gadis berusia 19 tahun mendakwa dia mahu menjual keperawanannya pada harga 4,000 pound sterling (RM21,536).

Aynur Zhanibekova membuat pengakuan itu dalam satu bual bicara 'Oz oyym' yang disiarkan stesen televisyen Kazakhstani.

Semasa program itu, Aynur mengaku bahawa dia memikirkan mengenai perkara itu sejak beberapa bulan ini.

"Saya memerlukan wang untuk menampung pelajaran saya.

"Ramai gadis bercinta dan akhirnya menyerahkan diri kepada teman lelaki mereka secara percuma dan saya akan mendapatkan wang untuk perkara itu.

"Saya akan menggunakan wang itu untuk menampung pelajaran saya dan melakukan pembedahan pembentukan semula selaput dara.

Aynur dikecam hebat kerana perbuatannya itu.

"Saya juga akan membuka sebuah kedai kecantikan. Atas sebab itu saya mahu menjual keperawanan saya," katanya.

Menurut Aynur, dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang terpaksa bekerja keras untuk membayar wang pengajiannya.

"Ibu saya bekerja keras demi yuran pengajian saya. Jadi saya mahu membantunya," katanya.

Difahamkan, kira-kira 60 lelaki berminat dan menghubungi Aynur selepas program tersebut.

Susulan permintaan tinggi, Aynur mempertimbangkan untuk menaikkan harga tersebut.

Aynur bagaimanapun dikecam hebat netizen kerana tindakan yang disifatkan sebagai melampau dan jijik. - Mirror.co.uk

jual dara

Artikel Lain