suria

Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia siasat penemuan ribuan kertas undi bertanda di Selangor

Indonesia menghantar pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu bagi menyiasat penemuan puluhan bungkusan berisi kertas undi di sebuah gudang di Selangor.

SURUHANJAYA Pilihan Raya Indonesia menghantar pegawainya bagi menyiasat penyebaran video di media sosial mendedahkan ribuan kerta undi untuk pemilihan negara itu minggu depan ditemui di sebuah gudang di Malaysia.

Satu daripada vidual menunjukkan polis berada di gudang yang terletak di Selangor itu.

Turut kelihatan, ada pihak yang memegang kerta undi yang telah ditanda dengan memilih Presiden Indonesia, Joko Widodo dan calon wakil parti gabungannya.

Laporan AP memetik Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ilham Saputra berkata, pihaknya akan menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengetahui kejadian sebenar yang membawa kepada penemuan kertas undi itu.

Pilihan raya presiden dan negeri dijangka berlangsung pada 17 April ini.

Saputra berkata, rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia akan mula mengundi pada Ahad dan kertas undi telah dihantar ke negara jiran seminggu lalu.

Katanya, suruhanjaya terbabit tidak menyewa rumah kedai untuk menempatkan kertas undi itu.

Pungutan suara yang dilaksanakan pada suku kedua pada Mac menunjukkan Widodo mendahului pesaingnya, bekas jeneral Prabowo Subianto, bagaimanapun pengundi atas pagar mencapai 20 peratus.

Beberapa media sosial mendedahkan setiap individu terbabit dibayar 50 sen untuk satu kertas undi yang ditanda.

Indonesia, kertas undi, Malaysia, Selangor

Artikel Lain