suria

Wanita ditemui maut di bilik air hotel selepas hubungan intim

Anna ditemui mati di dalam bilik air hotel didiaminya.

SEORANG gadis berusia 22 tahun ditemui mati di bilik air sebuah hotel didiami bersama kekasihnya.

Anna Florence Reed, 22, didengar bertengkar dengan teman lelakinya di dalam bilik mereka di Ramada La Palma au Lac in Locarno, Switzerland sebaik sahaja daftar masuk di hotel tersebut.

Tetamu yang bimbang dengan situasi itu memaklumkan kepada petugas hotel yang kemudian dihantar untuk menenangkan pasangan tersebut.

Namun kira-kira pukul 7 pagi Selasa lalu, mayat gadis itu ditemui dan dia disahkan maut di bilik air hotel terbabit oleh paramedik.

Anna disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Menurut to the Corriere del Ticino, seorang lelaki warga Jerman berusia 29 tahun tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Lelaki tersebut yang dipercayai kekasih Anna memaklumkan gadis itu maut selepas mereka melakukan hubungan intim.

Lelaki itu ditahan di sebuah penjara di Farera.

Pada mulanya tiada kesan keganasan ditemui di badan mangsa tetapi ujian bedah siasat mengesahkan Anna meninggal dunia akibat lemas.

Kesan luka kecil turut ditemui di badan mangsa. - Metro.co.uk

maut, bilik air

Artikel Lain