SEORANG pereka fesyen meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas mengalami jangkitan pada implan payu daranya. Ana Corona dari Mexico merupakan pereka fesyen kepada selebriti Latin terkemuka termasuk penyanyi Lucero dan Gloria Trevi. Salah seorang rakan rapatnya, wartawan Nelssie Carrillo berkata Ana mengalami jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan payu dara. Dia menyalahkan pakar bedahnya di atas kecuaian itu. Ana menyalahkan pakar bedahnya di atas kecuaian tersebut. Ana turut mengambil gambar kesan parut terbuka disebabkan pembedahan beberapa hari sebelum kematiannya. Ramai artis dan selebriti Latin mengucapkan takziah kepada keluarga pereka fesyen muda berbakat itu. "Saya bertuah kerana mengenalinya dan memakai gaun rekaannya dalam pelbagai majlis. "Saya sentiasa mengingati kamu," kata aktress Lucero. Tidak dapat dipastikan sama ada kertas siasatan dibuka atau jika polis sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan terhadap pakar bedah terbabit. - Mirror.co.uk