SATU rakaman video menunjukkan polis menahan seorang lelaki dalam keadaan berbogel bertindak memukul seorang pemandu tren. Menerusi rakaman itu, Stephen Owellen, dari Pitcalm Road di Sunderland, England dilihat berang sambil menendang dan menghantukkan kepalanya pada pintu tren. Ketika kejadian berlaku di stesen metro Regent Centre, di Gosforth, England, pasukan polis berada di luar tren. Polis kemudian membuka pintu tren sebelum Owellen menyerang anggota keselamatan. Dia bagaimanapun berjaya ditahan. Satu lagi video menunjukkan Owellen menanggalkan pakaiannya sebelum menyerang pemandu tren, ditunjukkan pada Mahkamah Majistret North Tyneside. Menurut laporan Chronicle Live, dia memakai semula pakaiannya semasa pasukan polis tiba di lokasi kejadian yang berlaku pada awal pagi 9 Februari lalu. - Mirror UK