TETAMU di sebuah majlis perkahwinan terkejut dengan hidangan yang disediakan. Semua tetamu yang hadi hanya dihidangkan dengan kepingan keju yang disusun rapi serta lobak merah yang telah dipotong bersama batang saderi, serta buah oren yang masih mempunyai pelekat. Malah mereka juga turut dihidangkan dengan brownie dihiasai dengan lemon yang kelihatan sedap tetapi tidak teratur. Karot dan saderi antara hidangan utama kepada tetamu. Seorang tetamu memuat naik beberapa keping gambar di Facebook dengan kasyen: "A wedding feast for your eyes." Ramai yang memberi komen berkaitan majlis ersebut. "Ia seperti hidangan ketika parti hari jadi anak kami yang berusia tiga tahun. Kecuali kami mempunyai pai dan strawberi. "Inilah yang berlaku apabila kamu meminta ahli keluarga untuk memasak pada hari perkahwinan." Manakalah salah seorang lagi berkata: "Amat menyedihkan. Ia kelihatan sepeti katerer membahagikan kerja - kos murah." -mirror.co.uk