suria

Selepas dua jam dihantar ke sekolah kung fu, pelajar 6 tahun meninggal dunia

Qi meninggal dunia selepas dua jam dihantar ke sekolah. Foto: AsiaWire

SEORANG bapa tidak menyangka lambaian ‘goodbye’ kepada anak perempuannya adalah yang terakhir  selepas dihantar ke sekolah.

Kurang daripada dua jam selepas itu, bapa pelajar berusia enam tahun itu menerima panggilan telefon dari sekolah mengatakan Deng Qi pengsan dan meninggal dunia.

Keluarga kanak-kanak itu mendakwa, Qi berada dalam keadaan sihat dan gembira ketika tiba di sekolah Shaolin Xiaolong Kung Fu pada 7 April lalu.

“Pada hari seterusnya kami melihat dia (9 April) di tempat pengebumian,” ujarnya bapa pelajar itu sambil menangis.

Jelasnya, muka Qi bertukar kepada warna ungu dan terdapat lebam di bahagian perut akibat disepak.

Rakaman CCTV di sekolah Qi. Foto: AsiaWire

Rakaman CCTV yang berada di kawasan sekolah mendapati Qi dikelilingi beberapa orang pelajar seragam seperti menumbuk dan menyepak mangsa.

“Kamera terlalu jauh dari anak kami, tetapi ia kelihatan seperti seseorang menolak dan selepas itu menyepak serta menumbuknya.”

Rakaman juga menunjukkan beberapa pelajar lain kemudian mengusung Qi dibawa ke bahagian perubatan.

Bagaimana pun sekolah seni pertahankan diri itu menafi kejadian tersebut.

Mereka  juga bersedia untuk mengambil tindakan kepada media yang dikatakan merosakkan reputasi sekolah itu.

Pelajar perempuan itu dihantar ke sekolah kung fu untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah lebih 50 kilogram dan mengalami masalah untuk berjalan. –mirror.co.uk

Kung Fu, pelajar, meninggal dunia

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan