GARA-gara inginkan pemandangan cantik untuk dimuatkan dalam Instagram, seorang pelajar maut akibat terjatuh dari ketinggian 40 kaki.
Pelajar Universiti Fordham berusia 22 tahun itu terjatuh ketika cuba merakam gambar pukul 3 pagi di menara Keating Hall universiti tersebut.
Paige Monfries meninggal dunia seminggu sebelum majlis graduasinya.
Polis New York berkata, Monfries pergi ke Keating Hall bersama kawannya pukul 3 pagi.
Seorang pelajar yang dikenali Anne memberitahu New York Post: “Saya fikir mereka mahu memuatnaik di Instagram.”
Mengikut pelajar universiti, ramai senior memanjat menara tersebut, menyentuh loceng dan mengambil gambar di bahagian luar jendela.-Dailymail.co.uk