SERAMAI enam individu dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyebarkan video serangan masjid di Christchurch pada bulan lepas. Hakim Makhamah Daerah Christchurch Stephen O'Driscol menghalang ikat jamin terhadap ahli perniagaan, Philip Arps dan seorang lagi suspek berusia 18 tahun turut direman pada Mac. Empat lagi individu tidak ditahan. ARTIKLE BERKAITAN: Serangan Christchurch: Usahawan terkejut lihat diri sendiri 'dimatikan' di luar negara ARTIKEL BERKAITAN: Kenali pengasas masjid mangsa serangan di NZ, pensyarah UPM akui “keperibadian Syahid sungguh mulia” Dakwaan itu melibatkan kesalahan menyebarkan bahan yang tidak menyenangkan dan ia boleh membawa hukuman penjara hingga 14 tahun. Arps, 44, dijangka tampil untuk pendengaran seterusnya menerusi panggilan video pada 26 April ini. Suspek berusia 18 tahun itu didakwa berkongsi penstriman langsung serangan itu. Dia akan muncul di mahkamah pada 31 Julai ini. Untuk rekod, serangan pada 15 Mac lalu melibatkan serangan bersenjata di sebuah masjid di Christchurch dan angka kematian direkodkan seramai 50 orang. Dalam kejadian itu, seorang pengganas menembak sekumpulan jemaah yang sedang menunggu untuk solat Jumaat di Masjid Linwood dan Masjid Al Noor. - Daily Mail.