SEBUAH rakaman video seorang murid perempuan miskin berusia 12 tahun dibuli hanya kerana kasut sekolahnya menjadi tular di media sosial pada Selasa. Murid di sebuah sekolah di Cibodas, Jawa Barat dikenal pasti sebagai Nabila kelihatan sedih dan marah apabila dibuli rakan sekelasnya. Rakaman berdurasi 30 saat itu hanya menunjukkan Nabila yang memakai pakaian seragam sekolah bersemuka dengan tiga rakan sekelasnya yang berkata kasut sekolahnya dibeli menggunakan duit ibu bapanya, sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Nabila membidas kata-kata itu dengan bekerja dia bekerja keras sebagai pengutip sampah untuk mendapatkan wang bagi membeli kasut sekolahnya. "Kedua-dua ibu bapa saya meninggalkan saya ketika saya masih kecil tidak seperti kamu," katanya sebak dalam bahasa Sunda. Ketiga-tiga rakan sekelasnya dilihat tidak mengendahkan kata-kata Nabila dan terus membulinya. "Aku gapake uang Bapak kamu! aku mah cape2 mulungan rongsokan buat beli sepatu, aku ditinggalin sama ibu, bapak.. kamu mah engga..! ???? *aku nangis terus liat video ini.. Kalau ada followers yg tau alamat bocah ini, pls kabari aku ya.. Aku dan teman2 siap biayain dia.. pic.twitter.com/Bujfp6Jv8V — ? Alien Kampung ? (@bambangelf) April 16, 2019 Video tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai meluahkan hasrat untuk membantu Nabila. "Jika sesiapa mengetahui alamat kanak-kanak ini sila maklumkan kepada saya kerana saya dan rakan-rakan mahu membantunya," kata pelayar Twitter @bambangelf. Seorang lagi pelayar Twitter, Ahmad Suhendar berkata dia sudah bertemu dengan Nabila dan berkunjung ke rumahnya yang didiami bersama datuk dan neneknya. "Benar Nabila adalah anak yatim dan dia bekerja sebagai pencari barang terbuang untuk meneruskan kehidupan. Dia kini tinggal dengan datuk dan neneknya yang sudah uzur," katanya. Ahmad kemudian mewujudkan dana menerusi platform kitabisa.com dan berjaya mengumpul sebanyak Rp55 juta (RM16,217) dalam tempoh 24 jam. Guru Nabila yang enggan namanya didedahkan berkata insiden berlaku pada Sabtu lalu di luar waktu persekolahan. Guru itu mendedahkan Nabila kecewa selepas rakan sekelasnya berhasrat untuk memijak kasut sekolahnya. - Jakarta Post