suria

Berhalusinasi di sekolah gara-gara kek ganja, 6 pelajar perempuan dibawa ke hospital

Enam pelajar perempuan yang terlibat mengalami halusinasi setelah menjamah kek itu.

SEORANG pelajar perempuan berusia 16 tahun disoal siasat oleh polis selepas dia membawa kek ganja ke sekolah.

Kakitangan di Sekolah Tinggi Shirley, Croydon, selatan London menghubungi pasukan kecemasan selepas beberapa pelajar yang dijamu kek itu mula berhalusinasi.

Malah, gadis yang membawa kek itu juga turut dibawa ke hospital.

"Dia membuat kek itu di rumah dengan campuran ganja dan bawa ke sekolah keesokan harinya dan ia diletakkan di dalam almari.

"Pelajar-pelajar itu jadi berhalusinasi dan berada dalam keadaan kebingungan.

"Guru menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan diberatahu mereka sudah makan kek ganja," ujar seorang sumber.

Menurut gadis yang membawa kek itu, dia tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa.

Enam gadis itu dirawat di hospital dan berada dalam keadaan normal.

Sehingga kini, tiada penahanan dibuat dan polis masih lagi menyiasat kes itu. - Daily Star.

Artikel Lain