suria

Kanak-kanak 11 tahun meninggal dunia gara-gara alergik ubat gigi

Ubat gigi yang mengandugi kandungan susu menjadi punca kematian kanak-kanak itu.

SEORANG kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia kerana alergik terhadap ubat gigi.

Denise Saldate dari West Covina, California sedang memberus gigi sebelum dia gagal untuk bernafas secara normal.

Menurut ibunya, Monique Altamirano, bibir Denise menjadi biru sewaktu kejadian.

Dia sempat menghubungi ambulans sebelum anak kesayangannya itu meninggal dunia pada malam tersebut.

Ubat gigi berasaskan susu itu dikatakan menjadi punca kematian Denise.

Denise disahkan mempunyai alergik terhadap susu sewaktu berusia satu tahun.

Namun, ibunya tidak sedar bahawa ubat gigi berkenaan mengandungi susu.

"Ubat gigi itu menghentikan oksigen. Kami tak boleh bawa dia kembali, tapi harap dapat bantu orang lain," kata ibunya.- Mirror.

alergik, ubat gigi

Artikel Lain