SEORANG lelaki seolah-olah 'hilang akal' apabila ditegur agar tidak merokok di kawasan hospital. Menerusi kejadian di Melbourne, Australia itu, Jospeh Esmaili menumbuk kepala seorang doktor bedah kerana berang ditegur. Mangsa, Pritzwald Stegmann yang juga pakar bedah jantung meninggal sehari selepas kejadian. Kejadian itu dilaporkan berlaku di perkarangan Hospital Box pada Mei 2017. Sewaktu ditumbuk, Stegmann terjatuh sebelum kepalanya terhantuk di atas lantai. Esmaili yang berusia 24 tahun melarikan diri dari lokasi kejadian. Namun, dia ditahan polis keesokan harinya. Perbicaraan mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun enam bulan ke atas pemuda itu. - Daily Star.