UPACARA memberi penghormatan terakhir kematian seorang lelaki di Garnund, Karnataka, India dihadiri ramai tetamu. Selain tetamu biasa, tidak disangka-sangka seekor monyet turut kelihatan di majlis itu. Lebih mengejutkan, monyet itu bertindak memujuk dan meredakan kesedihan seorang tetamu wanita yang sedang menangis. Menerusi video berkenaan, monyet itu menghampiri seorang wanita sebelum meletakkan tangannya di atas bahu, seolah-olah cuba memujuk. Video berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Menurut laporan, monyet itu juga pernah dilihat di beberapa majlis kematian di kawasan sekitar sebelum ini. - India Today.