GARA-gara enggan menggunakan pemegang eskalator, seorang wanita warga Kanada terpaksa berdepan dengan kes mahkamah sejak 10 tahun lalu. Pada 2009, Bela Kosoian menggunakan kemudahan itu di sebuah stesen kereta api bawah tanah di bandar Laval di Quebec, Kanada. Ketika itu, seorang anggota polis meminta Bela mematuhi peraturan bergambar pada eskalator yang menyebut 'Berhati-hati, guna pemegang ekskalator. Dia bagaimanapun enggan mengikut arahan itu dan sebaliknya mula bertengkar dengan anggota tersebut. Bela kemudian dikenakan saman AS$100 (RM414) kerana enggan memegang pada pemegang tangan, dan satu lagi AS$320 (RM1,323) kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri. Bukan setakat itu, dia turut digari dan ditahan selama 30 minit. Bela memfailkan tindakan undang-undang ke atas majlis perbandaran itu dengan alasan dia tidak wajib menggunakan pemegang eskalator itu. Setakat ini, kesnya gagal sebanyak dua kali di mahkamah Quebec, tetapi dia tidak berputus sehingga Selasa ini kesnya didengar di Mahkamah Tinggi Kanada. Menurut keterangan mahkamah, Bela enggan memegang pada susur tangan eskalator itu kerana dia fikir gambar 'berhati-hati' itu bukan satu kewajipan. - odditycentral