suria

Terlambat untuk turun sarapan, keluarga terselamat serangan bom di Sri Lanka

Dr Julian Emmanuel (dua, kiri) dan keluarganya menginap di Hotel Cinnamon di Colombo, Sri Lanka ketika serangan bom berlaku. Foto Twitter

KERANA malas untuk pergi menikmati sarapan di hotel, sebuah keluarga warga Britain terselamat daripada serangan letupan di Sri Lanka pada Ahad.

Dr Julian Emmanuel, 48, yang bekerja sebagai doktor di Surrey, England, menginap di Cinnamon Hotel di Colombo, Sri Lanka, di mana lokasi letupan pengebom berani mati berlaku.

Bercakap dari Sri Lanka bersama isteri, Maria, 39, anak perempuan Jasintha, 11, dan anak lelaki berusia tujug tahun, Neethan, dia memberitahu: "Kami agak malas dan terlambat ketika itu

"Kami berada di tingkat sembilan dan sarapan di tingkat bawah tanah, lokasi berlakunya letupan. Kami terlepas insiden itu.

"Kami amat bernasib baik," katanya.

Dia dan keluarganya dipindahkan, dan mereka terpaksa berdiri di luar hotel selama dua jam sementara pasukan kecemasan menangani mangsa yang maut dan cedera.

"Kami melihat banyak kematian, kerosakan, dan menyaksikannya semua," tambah Dr Emmanuel. - Mirror UK

Sri Lanka, bom, letupan, Hotel Cinnamon

Artikel Lain