suria

Sekelip mata jadi kaya, remaja tonton Youtube 5 jam sehari, pelajari teknik gandakan wang

Edward Ricketss mahu meraikan kejayaan itu dengan membawa keluarganya bercuti ke Amerika Syarikat (AS).

BERMODALKAN wang dalam jumlah kecil, siapa sangka remaja ini mampu mengaut pulangan lumayan?

Edward Ricketss, 16, bermain pasaran duit dan berjaya menggadakan modal miliknya menerusi teknik yang dipelajari menerusi Youtube.

Remaja itu menghabiskan lima jam sehari menonton video-video tip menerusi platform dalam talian itu.

Dia menetap di Walthamstow, timur London bersama bapanya yang berusia 54 tahun dan dua adik beradik yang lain.

Pada permulaan, dia hanya menggunakan wang berjumlah £150 (RM805) yang mana ia telah berganda kepada £61,000 (RM327,603).

Untuk meraikan pencapaian itu, remaja berkenaan meluahkan hasrat untuk membeli sebuah kenderaan mewah jenama Mercedes dan membawa keluarganya melancong ke Amerika Syarikat. - Daily Mail.

Artikel Lain