HUBUNGAN antara manusia dan haiwan bukanlah satu perkara yang asing. Malah, ramai yang melayan haiwan belaan mereka persis ahli keluarga sendiri. Terbaharu, swafoto comel beberapa ekor gorila dengan pegawai anti pemburuan haram menjadi tular di Internet. Foto yang menjadi sensasi di peringkat global itu disifatkan ramai sebagai sesuatu yang comel dan menghiburkan. Kelihatan cukup mesra kamera, foto itu dirakam di Taman Negara Virunga, Congo. Foto yang memaparkan gorila berkenaan berdiri sambil melakukan pose seperti manusia turut menarik perhatian ramai. Biarpun disifatkan sebagai haiwan yang berbahaya, sisi kelakar dan mesra yang dipamerkan dalam gorila itu pantas menjadi perbualan di laman sosial. - Mirror.