SEORANG lelaki bertindak membakar rumah bekas isterinya gara-gara berang dengan wanita itu. Kevin Camadoo dipenjara selama 19 bulan akibat perbuatan berkenaan. Dia dikatakan berang kerana tidak mendapat apa-apa manfaat dan harta selepas bercerai dengan isterinya. Selain itu, hakim mahkamah mendedahkan dia juga mahu membunuh diri kerana tekanan akibat perpisahan. Kediaman wanita itu yang terletak di Reading, Berks, Nebraska, Amerika Syarikat (AS) mengalami kerugian sebanyak £100,000 (RM537,057) setelah musnah dibakar. Selain menghantar nota bunuh diri kepada ibu bapanya, duda berusia 42 tahun itu turut menghantar nota betulis "kamu tak akan dapat apa-apa" kepada bekas isterinya. Sewaktu kejadian, dia menyimbah minyak petrol sebelum membakar kediaman itu. Dia yang berada dalam kediaman berkenaan bagaimanapun sempat ditarik keluar oleh pasukan penyelamat sebelum dikejarkan ke hospital. Kejadian yang berlaku pada Oktober 2017 itu dibawa ke mahkamah sebelum Camadoo akhirnya dijatuhkan hukuman atas kesalahan berkenaan baru-baru ini. - Mirror.