suria

Ibu tertidur gara-gara mabuk, tak sedar anak jatuh balkoni hingga masuk ICU

Kanak-kanak itu terjatuh dari ketinggian 18.2 meter.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hampir maut setelah terjatuh dari apartmen tempat tinggalnya.

Kanak-kanak itu sedang bermain di kawasan tingkap sebelum terjatuh dari ketinggian 18.2 meter.

Ibu mangsa yang terlelap kerana mabuk hanya menyedari hal itu selepas pintu rumahnya diketuk pihak berkuasa.

Pada waktu itu, anaknya sudah dibawa ke unit rawatan rapi sebuah hospital berdekatan.

Bagaimanapun, gadis itu terselamat apabila dia tersangkut pada dahan pokok sebelum terjatuh ke tanah.

Kejadian berlaku di bandar Kiev, Ukraine. - Mirror.

jatuh, ICU, cedera

Artikel Lain