DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah kisah kegigihan seorang lelaki yang sanggup berenang selama 11 tahun untuk ke tempat kerjanya setiap hari. Pengerusi Kesatuan Buruh di China itu berkata, dia menyeberangi Sungai Yangtze untuk menjimatkan masa ke pejabat tempat dia bekerja. Dengan dua pelampung berwarna jingga yang dilekatkan pada badan, Zhu Biwu, 53, berenang sejauh dua kilometer (km) merentasi sungai itu. Selain menjimatkan masa perjalanan, usaha itu dilakukan untuk menjaga kesihatannya. Dengan cara itu, dia dapat menjimatkan masa selama 30 minit. Kini, dia turut dikenali sebagai ikon kesihatan dalam kalangan perenang lain. - India Times.