MALANG tidak berbau. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang pekerja zoo apabila dia parah diserang seekor harimau jantan, baru-baru ini. Menerusi kejadian yang berlaku di Zoo Topeka, Kansas, Amerika Syarikat (AS), serangan ke atas kakitangan wanita itu turut disaksikan oleh beberapa pengunjung. Susulan itu, zoo berkenaan ditutup selama 45 minit. Malah, kesemua harimau di zoo berkenaan turut diasingkan dalam sel khas, pada hari kejadian. Pihak zoo bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pekerjanya yang cedera dalam kejadian itu. Menerusi perkembangan terbaharu, penjaga zoo wanita itu dilaporkan sudah sedar dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital tempatan. - Daily Star.