suria

Gurau tak 'bertempat', jurulatih gimnasium di sebuah universiti terima padah

Brain disiasat gara-gara mulut celuparnya.

AKIBAT bergurau tidak 'kena' tempat, seorang jurulatih gimnasium disiasat oleh pengurusan Universiti Edinburgh.

Pengajar gimnasium di universiti tersebut, Ross Brain dilaporkan telah menghantar mesej menjelikkan di dalam kumpulan WhatsApp kelab 'Sport & Exercise'.

Mesej tersebut berbunyi : "Mari rogol dia..atau bagi pilihan kepadanya dengan melakukan 'burpee' atau rogol.

"Apabila salah seorang staf baharu yang turut berada dalam kumpulan WhatsApp berkata: "Tiada siapa yang naikkan perkara ini kan?".

Berikutan perkara itu, siasatan telah dijalankan namun golongan di pusat Pleasance kecewa apabila tidak ada sebarang tindakan diambil selepas tiga bulan.

Perbincangan dalam WhatsApp itu mengenai kemungkinan denda yang akan dikenakan terhadap wanita yang telah mendaftar untuk latihan tetapi gagal muncul pada hari yang ditetapkan.

Salah seorang jurucakap universiti memberitahu: "Kami melihat insiden ini sangat serius - penggunaan bahasa yang sangat tidak baik dan tiada tempat (tindakan demikian) di universiti ini.

"Kami tidak bertoleransi terhadap gangguan seksual atau yang berkaitan dan sudah tentu akan menyediakan suasana sebuah komuniti yang penuh dengan maruah dan hormat.

"Kami juga turut menunjukkan bahawa 'zero toleransi' dengan kempen 'Don't Cross the Line'.

"Manakala kami tidak akan memberi sebarang kenyataan atau penjelasan dalam kes individu.

"Kami sahkan tindakan siasatan disiplin telah diambil dalam kes ini." - Dailymail.co.uk

Ugut rogol, jurulatih gimnasium

Artikel Lain