SEORANG kanak-kanak lelaki diarah tinggal bersama dengan bapanya selepas dibenci ibu sendiri. Hakim Llyd North memutuskan supaya kanak-kanak berusia lapan tahun itu tinggalkan ibunya dan duduk bersama bapa. Malah hakim juga menyimpulkan bahawa kanak-kanak itu boleh terdedah dengan ‘kerosakan emosi’ jika terus tinggal bersama ibu kandungnya. Menurut psikologi, ibu kanak-kanak itu menganggap bapa budak tersebut sebagai seorang yang negatif dan menunjukkan perasaan benci berterusan. Kanak-kanak tersebut juga akan menerima suasana gembira dengan ibu bapa jika dia tinggal tetap bersama bapa dan terus berjumpa dengan ibunya. Hakim North juga menganalisis kes ini ketika sesi pendengaran secara tertutup di Norwich. Kedua ibu bapa kanak-kanak itu telah berpisah beberapa tahun sebelum ini, namun terus bertengkar mengenai anak mereka.-Dailymail.co.uk