suria

Tiga anak orang paling kaya Denmark disahkan terkorban dalam serangan di Sri Lanka

Tiga daripada empat anak Povlsen disahkan terkorban dalam serangan di Sri Lanka.

TIGA anak pemilik rangkaian peruncitan pakaian Best Seller, Anders Holch Povlsen disahkan terkorban dalam serangan Hari Easter di Sri Lanka yang berlaku pada Sabtu lalu.

Povlsen, orang paling kaya Denmark, merupakan salah seorang pemilik rangkaian tersebut  bersama isteri, Anne dan empat anak mereka berada di Sri Lanka untuk bercuti ketika serangan, yang memusnahkan gereja dan hotel mewah, mengorbankan hampir 300 orang.

“Saya mengesahkan, tiga anak mereka terkorban. Kami memohon anda menghormati privasi keluarga itu dan kami tiada ulasan buat masa ini,” kata pengurus komunikasi Best Seller, Jesper Stubkier dalam satu kenyataan.

Jutawan Povlsen, 46, merupakan pemegang saham utama dalam peruncit fesyen dalam talian Asos serta pemilik Best Seller.

Serangan mensasarkan gereja dan hotel-hotel mewah di Sri Lanka.

Sehari sebelum serangan berlaku, salah seorang anaknya Alma memuat naik gambar tiga adik beradiknya yang lain iaitu Astrid, Agnes dan Alfred di tepi sebuah kolam renang di laman Instagram.

Letupan bom itu dianggap sebagai serangan pengganas dipercayai oleh kumpulan pelampau Islam tempatan, Thowheeth Jama’ath Nasional (NTJ) yang menjadi dalang kejadian tersebut.

Polis telah menahan 13 individu namun tidak ada yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Setiausaha Luar Negeri Jeremy Hunt berkata terdapat banyak spekulasi pada masa ini tetapi tidak ada pengetahuan yang kukuh tentang pelaku kejahatan itu dan 'kita perlu menunggu polis di Sri Lanka untuk melakukan kerja mereka'.

Beliau berkata United Kingdom akan menawarkan sokongan Sri Lanka pada masa akan datang.

"Sekiranya ada apa-apa bantuan yang boleh disalurkan, kami mahu berikannya." - metro.co.uk

Asos, jutawan, anak maut, Sri Lanka

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan