suria

Wajah Beckham diramal tak 'handsome', tak ada gigi selepas 20 tahun tersasar

(kiri) Gambar terkini David Beckham. Foto Dave Benett/Getty Images (kanan) Gambar ramalan majalah boleh sepak pada 1998 mengenai wajah Beckham pada 2020. Foto twitter fenlandgent

MENGIMBAS kembali pada 1998, sebuah majalah bola sepak antarabangsa FourFourTwo membuat ramalan yang melucukan mengenai gambaran wajah bintang, David Beckham pada 2020.

Bagaimanapun, selepas lebih 20 tahun, ramalan mereka yang menggambarkan wajah Bekcham tidak menarik menerusi teknik suntingan itu nampaknya tersasar.

Selain memberi bayangan mengenai wajah bintang bola sepak itu, mereka juga membuat laporan mengenai ramalan masa depannya.

"Sekarang memasuki usia 40an, dia kurang muncul untuk bersama rakan pasukan veteran England," menurut laporan itu.

Ramalan yang dibuat oleh sebuah majalah bola sepak antarabangsa mengenai wajah David Beckham.

Ia turut meramalkan isteri Beckham atau Victoria menambah berat badannya sejak kejatuhan karier nyanyianya.

Malah, mereka turut mengatakan Victoria yang lebih dikenali sebagai Posh Spice itu menjadi model untuk wanita bersaiz besar.

Rata-rata peminat terhibur dengan kemunculan gambaran wajah Beckham itu.

"2019 merupakan tahun yang mencabar buat beliau," tulis seorang pengguna Twitter.

"Siapa tahu kemungkinan boleh berlaku beberapa bulan lagi," kata seorang lagi netizen. - Mirror UK


Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan