suria

Kanibal makan 'kepala yang dipanggang dalam ketuhar pada suhu tertinggi' bersama kekasih umur 12 tahun meninggal dunia

Mangsa, Alexander Popovich dibunuh dan beberapa bahagian badannya dipotong sebelum ia dimasak dan dimakan. -fotoEastToWestNews

SEORANG suspek pedofilia kanibal meninggal dunia semasa menunggu perbicaraan di Rusia.

Arkady Zverov, 22, dituduh membunuh Alexander Popovich, dengan memanggang kepalanya dalam ketuhar dengan suhu paling tinggi selama tiga minit.

Dia kemudian mengorek mata, merebus dan makan mata tersebut bersama jantung dan otaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kanibal bunuh, makan alat sulit adik dalam satu upacara pelik

ARTIKEL BERKAITAN: Kanibal pemput pasukan penyelamat makan lauk jantung wanita dibunuhnya

Zverov juga menggalakkan seorang gadis berusia 12 tahun yang dikatakan kekasihnya untuk makan bersama.

Kanak-kanak itu memberitahu polis bahawa dia menggunakan kuali untuk memasak jantung Popovich sebelum menikmatinya dengan menggambarkan rasanya 'terlalu manis' tetapi 'rasa otaknya lebih enak'.

Arkady Zverov (kiri) dan seorang kanak-kanak yang dikatakan sebagai kekasihnya.

Sebelum meninggal dunia, Zverov membuat pengakuan tentang apa yang telah dilakukannya dan menunjukkan video mengerikan kepada penyiasat.

Tetapi empat bulan lalu dia koma selepas cuba membunuh diri sebelum mati semasa penjagaan di hospital.

Ibu mangsa, Galina Popovich, berkata dia tidak akan mengeluarkan air mata dengan kematian pembunuh anaknya.

"Karma selepas semua yang berlaku dan itulah keputusannya," kata Galina.

Zverov mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar sekolah, Valeria, yang mana dia melarikan budak itu tanpa kebenaran ibu bapanya.

Dia masih dalam tahanan tetapi kerana masih di bawah umur, dia tidak akan berdepan sebarang pendakwaan untuk kanibalisme.

Zverov membuat lakonan semula kepada penyiasat bagaimana dia membunuh mangsa.

Valeria juga dikatakan mengaku menikam mangsa dan mengoyak perutnya dengan pisau sebelum memasak daging mangsa. Keputusan mengenai masa depannya akan dibuat tidak lama lagi.

Motif kematian Popovich tidak jelas tetapi polis percaya dia telah memberitahu Zverov yang menghuni rumahnya bahawa Valeria terlalu muda atau dia meminta sewa lebih mahal.

Ibu Popovich berkata: "Kami menerima panggilan dan diberitahu kes jenayah itu akan ditutup sekarang kerana Zverov sudah mati.

"Suspek meninggal dunia, dan murid sekolah itu terlalu muda. Apa yang boleh saya katakan? Saya tak peduli apa yang berlaku kepada suspek."

Dia berkata suspek itu telah menunjukkan kekesalan tetapi murid sekolah tidak.

Sebelum meninggal dunia, Zverov mempunyai dua 'kekasih' bawah umur.

Jantung, otak dan sebiji mata Popovich dimasak dan dimakan selepas Zverov menggunakan kapak untuk membunuh lelaki itu di sebuah rumah di kampung Novinka berhampiran St Petersburg, kata penguatkuasa undang-undang.

Zverov berkata dia ingin tahu tentang rasa otak selepas teman wanitanya, juga seorang kanak-kanak sebelum ini meninggal dunia akibat jatuh dari tingkap dan pecah kepala, menurut hakim dalam pendengaran sesi tertutup, memetik laporan media Rusia.

Dia didakwa melakukan pembunuhan dan dijangka akan dituduh merogol seorang kanak-kanak.

Zverov, dari pergunungan Altai di Siberia, sebelum ini mempunyai hubungan dengan seorang gadis bawah umur lain bernama Olga Semibokova yang mati setelah terjatuh dari tingkap.

Gadis itu berumur 15 tahun ketika mereka mula melakukan hubungan seks dan meninggal dunia tahun lalu ketika berumur 18 tahun.

Orang tuanya menuntut agar polis membuka semula siasatan kematiannya. -MetroUK

kanibal, pedofilia

Artikel Lain