suria

Juruterbang dakwa lihat UFO, pasukan tentera laut AS mahu buka kertas siasatan

Tentera laut AS membuka siasatan bagi merungkai dakwaan pegawainya yang melihat kemunculan UFO.

TENTERA laut Amerika Syarikat (AS) membuka kertas siasatan bagi merungkai kemunculan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Ia susulan laporan beberapa oleh juruterbang yang mendakwa melihat fenomena yang tidak dapat dijelaskan dengan akal fikiran itu.

Jurucakap kepada Timbalan Ketua Operasi Lautan, Joseph Gradisher, kelibat UFO mula menjadi perkara biasa sejak tahun 2014.

Malah, UFO sering dilihat memasuki kawasan ketenteraan beberapa kali dalam tempoh sebulan.

"Kami mahu menyiasat ke akar umbi perkara ini. Kami perlu pastikan siapa yang melakukannya, dari mana ia datang dan apa niat mereka.

"Kami juga mahu mencari jalan untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi," ujar Gradisher.

Tambahnya, pihak mereka akan menyiasat setiap laporan yang diterima berhubung perkara ini.

Sebelum ini, beberapa juruterbang mendakwa melihat objek berbentuk sfera yang terbang dalam satu formasi.

Malah kata mereka, objek berkenaan langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi. - Daily Star.

ufo, tentera laut

Artikel Lain