TINDAKAN seorang gadis yang menampar bayi berusia setahun membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara. Hayley Francis, 21, didakwa hilang sabar sebelum melakukan perbuatan itu di sebuah pusat asuhan. Gadis dari Plymouth, Devon, England itu pada mulanya menafikan dakwaan berkenaan. Hayley akhirnya mengaku atas pertuduhan kesalahan tersebut. Dia bagaimanapun mengaku bersalah atas tuduhan itu. Insiden melibatkan bayi itu disedari kakitangan lain yang melihat kesan merah di wajah bayi berkenaan. Kejadian itu berlaku pada Februari tahun lalu. Setelah membuat rayuan, hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya diubah kepada khidmat komuniti selama 12 bulan. - Daily Mail.