suria

Hilang sehari, riwayat nelayan berakhir dalam perut buaya

Penduduk kampung menarik buaya ke darat sebelum perut reptilia itu dibelah hingga membongkar misteri kehilangan nelayan tempatan, minggu lalu.

CEBISAN anggota badan manusia ditemui dalam perut buaya yang ditangkap di sungai di Maluku minggu lalu.

Penemuan itu sekali gus melerai misteri kehilangan seorang nelayan selepas keluar menjala ikan di sungai berkenaan pada 15 April lalu.

Buaya sepanjang lebih empat meter itu ditangkap penduduk tempatan dalam sungai di Desa Waepandang, Kecamatan Kepala Medan, Kabupaten Buru Selatan pada 16 April lalu.

Selepas dibawa ke darat, perut reptilia itu dibelah menggunakan parang panjang.

Video rakaman detik perut buaya tersebut dibelah telah menjadi tular di media sosial.

Dalam klip video itu, beberapa penduduk berjaya mengeluarkan anggota badan mangsa yang dikenali  daripada perut buaya berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Ladani Tomia dilaporkan hilang pada 15 April lalu selepas keluar menjala ikan di sungai berhampiran.

Sementara itu, Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) wilayah Maluku, Mukhtar Amin Ahmadi ketika dihubungi Kompas.com mengesahkan perkara tersebut.

“Memang benar ada buaya yang ditangkap kerana membaham penduduk di sana,” katanya.-SinarHarian



nelayan, Maluku, buaya

Artikel Lain