SEORANG lelaki didakwa membunuh neneknya gara-gara wanita itu enggan menghadiri parti kelahiran anaknya. Menurut pihak polis, wanita berusia 70 tahun itu dibunuh pada Jumaat lalu. Hanya dikenali sebagai Ramdevi, wanita malang itu dibunuh cucunya yang berusia 22 tahun, Vicky. Vicky dikatakan berang apabila Ramdevi gagal hadir ke parti sambutan anaknya yang baru dilahirkan. Setelah pergi ke rumah wanita itu, mereka bertikam mulut sebelum ia bertukar menjadi ganas. "Vicky serang neneknya dengan objek besi. Ramdevi dibawa ke hosptial dan disahkan maut," ujar suami mangsa. Polis kini sedang menjalankan sisasatn dan suspek dijangka ditahan dalam masa terdekat. - India Today.