SEORANG mangsa serangan seksual terpaksa menumpangkan seorang anggota polis untuk ke balai kerana kekurangan kereta peronda. Menerusi kejadian di Scottland baru-baru ini, pegawai polis membuat aduan kerana kekurangan kenderaan untuk bertugas selain keadaan balai yang buruk dan dipenuhi tikus. Lebih teruk, ada balai polis yang usang sehingga ditumbuhi tumbuhan seperti kulat. Seramai 10 polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes rogol hanya diberi kemudahan dua kereta sahaja. Ia sekaligus menyukarkan tugas mereka. Menurut Daily Record, wanita itu terpaksa membawa polis menaiki keretanya untuk ke balai. Malah, Persekutuan Polis Scottland juga turut menyuarakan kebimbangan mengenai nasib polis di negara itu. -Daily Mail.