suria

Saintis temui makhluk pelik di dasar paling dalam Lautan Hindi

Obor-obor pelik ini ditemui pada kedalaman 7,000 meter di Lautan Hindi.

MAKHLUK misteri umpama obor-obor dikesan sepasukan saintis pada kedalaman 7,000 meter di Jurang Jawa iaitu dasar paling dalam di Lautan Hindi.

Portal berita news.com.au melaporkan rakaman video penemuan tersebut menunjukkan haiwan itu terapung dan bergerak perlahan-lahan.

Berdasarkan visual itu juga kelihatan haiwan umpama obor-obor itu bersinar dengan cahaya berwarna biru.

Ketua ekspedisi tersebut, Victor Vescovo berkata, ia berbeza berbanding obor-obor biasa yang pernah dilihat sebelum ini.

Penerokaan saintifik itu yang dikenali sebagai Ekspedisi Lima Kedalaman telah melakukan tiga lawatan berbeza ke Jurang Jawa.

Anggota ekspedisi itu menggunakan kapal selam khas, DSV Limiting Factor menuju ke dasar tersebut buat kali pertama semasa merakam  dokumentari untuk saluran pengembaraan, Discovery Channel.

Sementara itu, ketua ekspedisi berkenaan, Alan Jamieson memberitahu CNN: “Ia kelihatan seperti obor-obor yang pelik.

“Buat masa ini tidak diketahui ia dari spesies mana."-news.com.au

Vescovo, obor-obor, Jurang Jawa

Artikel Lain