suria

Gara-gara cadangan hukuman 'mari rogol dia', universiti pecat bos gimnasium

Brain akhirnya dipecat tanpa notis.

SEORANG bos gimnasium di sebuah universiti dipecat kerana menghantar mesej mencadangkan agar pelajar wanita yang tidak menghadiri kelasnya harus dirogol.

Universiti Edinburgh memecat Ross Brain tanpa notis selepas lebih 800 pelajar menandatangani surat terbuka kepada pengetua dan naib canselornya, Peter Mathieson mendesak pemecatannya.

Brain menghantar mesej cadangan berbaur lucah itu dalam grup WhatsApp kepada rakan sekerjanya di Kelab Sukan dan Latihan Universiti Edinburgh membincangkan kemungkinan untuk menghukum seorang wanita yang terlepas kelas latihannya.

Surat terbuka pelajar yang mendesak pemecatan Brain.

Salah satu mesej dipercayai dihantar Brain berbunyi:"Mari kita rogol dia. Atau beri dia pilihan 600 latihan fizikal atau rogol."

Apabila tiada menerima maklum balas daripada rakan sekerjanya, Brain berkata:"Tiada siapa menyokong cadangan ini?."

Pelajar di universiti tersebut mengecam mesej Brain yang dipercayai dihantar dalam grup WhatApp pada Januari lalu.

Walaupun pihak universiti enggan mengulas mengenai perkara itu, timbul khabar angin bahawa Brain sudah dipecat pada Rabu lalu.

Pelajar turut mengkritik prosedur tatatertib awal dan berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Brain pada Januari lalu. - Metro.co.uk

pecat, gimnasium, mesej lucah, rogol

Artikel Lain