SEBUAH syarikat pengeluar rokok bakal disaman oleh seorang pesakit kanser paru-paru. Simon Neale,57, bekerja sebagai penjual rokok keluaran Rothmans untuk tempoh 4 tahun dan diberi 1,200 kotak rokok percuma setiap bulan. Bapa kepada tiga orang anak itu mempunyai lebih 3,000 kotak di but keretanya dan selepas itu dia menjadi perokok tegar setelah bekerja di syarikat itu pada tahun 1982. Simon didianogsis kanser paru-paru lewat 2018 ketika masih merokok, namun sekarang dia telah berhenti. “Saya terkejut diberitahu akan mendapat 1,200 kotak rokok secara percuma, sebulan selepas menyertai syarikat itu. "Apabila bekerja di Rothmans, saya bertukar menjadi kuat merokok kerana mendapat banyak rokok berbanding sebelum ini yang hanya sebagai perokok sosial. “Tahun lalu saya didianogsis mendapat kanser paru-paru. Ia mengejutkan saya dan lebih sukar ketika memberitahu anak-anak. “Kanser paru-paru itu datang selepas saya bekerja untuk Rothmans,” ujarnya. –metro.co.uk