BERUSIA 39 tahun, seorang wanita terpaksa membesarkan 38 orang anak berseorangan selepas ditinggalkan suaminya. Mariam Nabatanzi melahirkan sepasang kembar selepas setahun berkahwin pada usia 12 tahun. Selepas itu lima pasang kembar lahir, diikuti empat kali lahirkan kembar tiga dan lima kali lahirkan kembar empat. Bagaimana pun wanita dari Uganda itu ditinggalkan suaminya tiga tahun lalu yang memaksa dia membesarkan anaknya keseorangan. Nabatanzi menunjukkan potret anak-anaknya. Sebelum ini Nabatanzi pernah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat pengambilan pil perancang. Namun ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan. Jadi selepas itu Nabatanzi terus melahirkan anak tanpa kawalan. Afrika merupakan negara yang mempunyai keluarga besar. Namun Nabatanzi merekodkan Uganda paling besar. “Saya hidup menderita, laki saya telah tinggalkan dengan penderitaan. Anak-anak Nabatanzi yang dewasa membantunya memasak. “Sepenuh masa saya hanya menjaga anak-anak dan bekerja untuk mencari wang,” ujarnya. Anak-anak yang sudah meningkat dewasa akan membantu Nabatanzi menguruskan hal rumah seperti memasak. Setiap mereka menggunakan 25 kilogram gandum sebagai makanan utama. Menurut Nabatanzi, mereka jarang dapat makan ikan atau pun daging. “Setiap hari Sabtu kami semua akan berkumpul bersama.”- Dailymail.co.uk