suria

Kebakaran tragis! Ibu campak anak dari tingkat 10 sebelum terjun, kedua-duanya maut

Dalam kejadian itu, wanita berkenaan dan anaknya yang berusia tiga tahun maut di tempat kejadian.

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia setelah dia dicampak dari tingkat 10 oleh ibunya dalam satu kejadian kebakaran baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, wanita berusia 32 tahun itu juga terjun dari kediaman berkenaan untuk menyelamatkan dirinya.

Lebih memilukan, wanita dan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sewaktu kejadian, wanita itu yang berada dalam keadaan terdesak tidak mahu anaknya rentung dalam kebakaran.

Dia berharap agar mana-mana individu sempat menyambut anaknya dari tingkat 10, namun malangnya bayi itu jatuh dan meninggal dunia.

Dalam kejadian itu, 30 penghuni lain berjaya keluar dengan selamat.

Siasatan juga sedang dijalankan bagi mencari punca kebakaran itu.

Kejadian berlaku di Sovetskiy, Rostov-on-Don, Russia. - Mirror.

kebakaran, ibu, anak, maut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan