suria

Sri Lanka masih berjaga-jaga, haramkan pemakaian burqa susulan letupan bom

Sri Lanka dikejutkan dengan beberapa siri letupan bom pada 21 April lalu.

SERANGAN bom di Sri Lanka pada 21 April lalu mengorbankan lebih 250 individu.

Susulan itu, kerajaan Sri Lanka kini mengharamkan pemakaian burqa dan penutup wajah.

Negara itu sehingga kini masih lagi berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan serangan berkenaan.

Pengharaman burqa itu berkuat kuasa mulai Isnin.

Polis negara itu percaya kumpulan ektremis tempatan, National Tahweed Jamath (NTJ) terlibat dalam serangan bom pada hari sambutan Easter baru-baru ini.

NTJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyebaran ideologi keganasan dan merosakkan patung Buddha di Sri Lanka.

Untuk rekod, serangan pada 21 April lalu melibatkan beberapa siri letupan bom di gereja dan hotel. - Daily Star.

burqa, sri lanka, serangan bom

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan