suria

2 individu dijangkiti HIV selepas lakukan rawatan wajah ala-ala Kim Kardashian

Teknik rawatan wajah ini menjadi kegilaan selepas ia dilakukan oleh selebriti Kim Kardashian.

TEKNIK rawatan wajah Vampire Facial yang menjadi kegilaan ramai menyebabkan dua individu dijangkiti virus HIV.

Trend kecantikan yang dipopularkan oleh selebriti seperti Kim Kardashian itu melibatkan proses mengambil darah pesakit sebelum menyuntik plasma dan platelet di kulit wajah mereka.

Pendedahan mengenai dua individu yang dijangkiti HIV itu dilaporkan oleh badan rasmi kesihatan Amerika Syarikat (AS).

Jangkitan itu disebabkan berlakunya pencemaran pada jarum suntikan yang digunakan dalam rawatan berkenaan.

Ia ternyata menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengguna khususnya yang pernah menjalankan rawatan itu, lapor The Sun. - Daily Star.

vampire facial, Kim Kardashian, HIV

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan