suria

Serangan monyet di India semakin menjadi-jadi, ada pihak cadang supaya ia dimandulkan

Menurut laporan, sekitar 20 individu diserang haiwan berkenaan setiap hari di India.

CADANGAN untuk memandulkan monyet di India timbul selepas berlakunya serangan melampau melibatkan haiwan itu.

Menurut laporan, sekitar 20 orang menjadi mangsa serangan monyet pada setiap hari.

"Secara puratanya kita terima laporan, dalam 20 orang kena serang dengan monyet setiap hari.

"Mereka digigit haiwan liar itu," kata Somnath Bharti, pegawai haiwan dari Delhi Selatan.

Malah, ia menyebabkan kanak-kanak takut untuk keluar bermain di luar rumah.

Pada tahun lalu, seramai 652 ekor monyet ditangkap oleh jabatan hidupan liar negara itu. - Daily Star.

monyet, mandul

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan