SEKURANG-kurangnya 41 maut selepas pesawat komersial meletup semasa melakukan pendaratan kecemasan petang Ahad. Insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Rusia. Terdahulu kira-kira 13 penumpang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh. Namun penyiasat mengesahkan seramai 41 maut dalam insiden itu. Kepulan asap tebal jelas kelihatan di lapangan terbang tersebut. Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata: "Terdapat 78 penumpang di dalam pesawat itu termasuk lima anak kapal. "Menurut maklumat terkini, seramai 37 lagi dilaporkan selamat." Video yang disiarkan saluran berita Rossiya 24 menunjukkan pesawat malang itu mendarat dalam keadaan terbakar di bahagian belakang sebelum meletup. Keadaan belakang pesawat yang rentung. Penumpang dilihat keluar dari pesawat itu menggunakan gelongsor kecemasan. Pesawat itu dipercayai berlepas dari utara Murmansk tetapi kebakaran itu berlaku semasa di atas udara dan juruterbang meminta untuk berpatah ke Sheremetyevo. - Metro.co.uk