SEORANG wanita terkejut apabila bekas suaminya memasang alat penjejak pada kenderaan miliknya. Menurut Victoria Miles, 46, bekas suaminya yang berusia 46 tahun baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman selama 14 bulan atas kesalahan mengintip bekas isterinya. Selain memasang GPS pada kereta, lelaki itu turut menghujani telefon Victoria dengan ribuan mesej dan panggilan sebelum ini. Mereka berkahwin selama 14 tahun sebelum bercerai setelah kerana tidak mempunyai kesefahaman. "Kerap sangat saya terima panggilan, saya tahu itu dia sejak awal lagi. "Selepas saya sekat nombor telefon dia, saya pergi Tesco dan lihat dia ada di sana juga. "Saya bertuah kerana polis mengambil serius kes ini," kata Victoria. - Mirror.