DEMI sekeping swafoto, seorang wanita mengalami kecederaan setelah terjatuh dari bangunan setinggi lima tingkat. Reilly Hamilton, 22, berada di atas bumbung bangunan berkenaan menerusi kejadian pada Sabtu lalu di Manhattan. "Dia sedang ambil gambar dan terjatuh di kawasan sampah. "Dia menjerit dan cakap dia sakit, nasib baik dia selamat," ujar salah seorang jirannya yang enggan dikenali. Sejurus kejadian, dia dibawa ke Hospital Bellevue oleh pasukan paramedik. Berada dalam keadaan stabil, dia mengalami retak tulang pinggul, lengan dan buku lali. Sewaktu kejadian, dia bersama dua rakan serumahnya naik ke bahagian paling atas bangunan berkenaan. "Mereka bising kat atas, kami minta mereka perlahankan sikit. "Mereka anjurkan parti di atas atap bangunan ini," ujar jirannya lagi. - The Sun.